SEMANGAT UPSR 2010 MEMBARA

SEMANGAT UPSR 2010 MEMBARA
Memasang kain sepanduk tanda sokongan yang menanjap dari jiwa luhur agar anak didik tetap berjaya dalam doa dan harapan.

Tuesday, January 27, 2009

PENGALAMAN INI BERMAKNA

Salam kepada semua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada teman-teman yang menguatkan hati saya bagi merakam segala pengalaman lepas dalam bentuk blog ini. Seandainya ada manusia yang mahu mengutip pengalaman ini, biarlah saya diberitahu untuk keizinan. Segala dokumen di dalam ini adalah rangka, program, dapatan, sedutan dan perincian yang mungkin berbeza dengan manusia, alam sekitar di tempat lain. Apa yang kami ada, mungkin tidak dimiliki oleh orang lain begitu juga di sebaliknya. Apa yang penting, saya mengumpul dokumentasi ini untuk catatan peribadi kepada saya bukan bertujuan mengada-ngada atau tunjuk bahawa kita hebat. Tidak sama sekali! Sekurang-kurangnya apa yang kita usaha dan kerjakan dapat kita hayati dan lebih penting ada kepuasan kendiri melihat hasilnya.
Bukan semua yang kita lalui dapat kita rakam. Jadi blog ini sebagai usaha merakam segala pengalaman masa lalu. Biar pun tidak dihargai, yang lebih penting adalah kepuasan di jiwa sanubari kita. Apa yang tercatat tidak semestinya tepat dan benar, ia ada penyesuaian mengikut ketika dan suasananya. Mengutip semua ini secara mentah-mentah, tidaklah relevan kerana penalaman kita berbeza, malah jauh sekali. Mungkin apa yang saya utarakan ketinggalan zaman daripada manusia-manusia hebat lain. Sebagai pendidik dan guru yang menjaga kokurikulum di sekolah di peringkat akar umbi, inilah beberapa persediaan dan catatan saya untuk bersedia melaksanakan tugas yang diamanahkan. Mungkin orang kata, kerjanya tidak berat. Mungkin orang salah anggap bahawa tugas guru bukan sahaja, mengajar di bilik darjah semata-mata. Malah lebih dari itu. Inilah sedikit catatan lalu yang mungkin berguna bagi sesiapa jua. Yang penting ada catatan peribadi kita. Betul atau salah, terpulang kepada yang menanggapinya. Saya kui banyak kesilapan teknikal di sini, akan tetapi itu bukanlah penghalang kepada saya terus bermotivasi meneruskan blog ini. Semoga kalian, sudi berkongsi dengan saya, sekelumit pengalaman yang bermakna dan bererti agar kita jadi manusia matang. Salam kepada semua.